Merupakan salah sebuah pusat ternakan ayam belanda,api-api,serta angsa dan juga merupakan pembekalkan benih ikan keli dan talapia
Tuesday, August 25, 2009
Pembinaan Reban Ayam Baru Fasa 2
Kayu bakau dipilih sebagai tiang kerana harga nya agak murah berbanding kayu biasa.tujuan pembinaan reban fasa 2 ini adalah untuk mengasingkan ayam belanda dan juga ayam mutiara.
Proses memacakkan tiang kayu bakau.setelah tapak dipilih
Reban ayam fasa 2 yg telah siap dibina.ditutup dgn net hitam sebagai bumbung.Dibahagikan kepada 2 tmpt iaitu untuk induk dan juga untuk anak.
Ayam Belanda dipindahkan di reban baru.dan tidak bercampur lagi dgn ayam mutiara@api-api
Tuesday, August 18, 2009
MITC Melaka.Hari.Peladang Penternak Peringkat Kebangsaan
Dugung antara haiwan yg dipamirkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.spises ini adalah spises yg dilindungi.kerana terancam kepupusanya.
Suasana didalam bangunan MITC Melaka
Bergambar bersama rakan di rumah Kedah
Tidak perlu diterangkan lagi yg kedah memang terkenal dengan penanaman padinya.
Bird Nest Drink
Kita selalu dengar tentang khasiat sarang burung waled diperkatakan oleh kaum cina,dan ramai kaum cina mengamalkan meminun air sarang burung ini kerana telah terbukti khasiatnya pada diri mereka.Tetapi bagi masyarakat melayu umumnya ianya baru buat mereka..ini kerana harga sarang burung waled amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit untuk sekilogram.ramai yg berfikiran mereka tidak mampu untuk menikmati air sarang burung ini,Pada hari ini salah seorang pengusaha bumiputra telah berjaya menghasilkan air sarang burung waled yg bertempat di perlis.antara khasiat sarang burung ini ialah dari kajian yg dilakukan oleh Hong Kong Chinese University,kandungan Glikoprotein yg terdapat didalam sarang burung dapat membantu proses penghasilan sel manusia sekali gusmeningkatkan kadar metabolisma dan fungsi organ dalaman manusi.ia amat baik untuk setiap peringkat umur dan jantina.
Lelaki
meningkatkan fungsi buah pinggangdan paru-parumenjadikan badan tidak menjadi lemah.
wanita
pengambilan yg berterusan dapat melembutkan dan melicinkan kulit.Dapat mengekalkan awet muda.
wanita Hamil
pengambilan ketika hamil menambah imuniti,fetus dan membantuproses pemulihan selepas bersalin
warga emas
mengeluarkan kahak,menambah keupayaan jantung,peparu dan buah pinggangserta menambah selera mkn.
kanak-kanak/bayi
meningkatkan imuniti dan tidak mudah dihidapi demam selsema..
pastikan anda mencuba produk baru keluaran bumiputra ini.
Turkey Anggora..
Ini adalah salah seekor ornab yg paling comel dan Antara tarikan pengunjung pada hari peladang dan penternak peringkat kebangsaan.Ini adalah salah satu spises arnab yang terdapat di gerai rakan kami joe agro biz..gerainya penuh dengan pengunjung kerana ingin menyaksikan berbagai-bagai spises arnab.Tempatan dan juga arnab import.harga arnab ini ialah rm350 seekor.Ramai yg berebut untuk memiliki arnab ini.walaupun harga yg ditawarkan amat tinggi.Antara arnab yg terdapat di gerai joe agro biz ialah arnab tempatan,anggora,turkey anggora,lop ear,dan juga checkered giant.Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan sy hairil yg sudi melayan kehadiran kami walaupun sedang sibuk berniagadi gerai.
Sunday, August 9, 2009
Tetamu Baru..di tanjung labuh
Wednesday, August 5, 2009
Antara Ternakan Yg Terdapat Difarm
Ayam Siam
Ayam siam adalah antara unggas pertama diternak diladang..ianya tidak sama.seperti ayam kampong.ini kerana ayam siam ini sudah terkenal dengan kehandalanya untuk bertarung.ada setengah dikalangan orang memanggil dengan nama ayam sabung.ayam ini bkn lah pure dari siam.ia adalah siam tempatan.tidak seperti ayam kampung.ayam siam ini gemar memakan rumput-rumput muda.dan juga bunga cili.
Ayam belanda@turky,
Ini lah koleksi ayam belanda.Baru ada 27 ekor.antaranya warna hitam,putih,kelabu dan anak coklat.anak_anak ayam ini dibeli dari cikgu masiran,batu gajah,haznol dari pontian seribumi.sahril muar dan juga di kedai pet stadium muar. ayam belanda ini cantik bila dipandang.umpama ekornya seperti merak.bila ia kembangkan ekornya.setakat ini kami baru mengumpul baka white hollan.baka tempatan.cross bred dari bourbon (coklat).dan kelabu.matlamat kami adalah untuk mengumpul semua spisis ayam belanda yang ada.
Ayam mutiara@ ayam api-api
Ini la koleksi ayam api-api ..semuanya ada 24ekor.beli time tu kecik umur seminggu.skrg dah membesar bgai johan..cantik aku suke tgk ayam ni bulu dia..ayam ni mmg suke melalak.mcm budak kecik.suara dah la nyaring kadang naik bingit telinga aku dibuat nya.u all nampak tak yg 1 tu colour lain.putih sikit.bukan albino.tapi org panggil lavender.kami ada 2 ekor jer.ramai yg duk mencari ayam tu.ada yg kata tak jemu mata memandang.
Angsa Putih vs Angsa Kelabu..
Angsa ni baru sampai di ladang.angsa ini diambil dari negeri 9..cantikkan org putih panggil swan..skrg kami baru ada 8ekor angsa putih dan 6 ekor angsa kelabu..beli pun pasal nak jadikan guard kat ladang ni.angsa-angsa aku ni semuanya kenal tuan.klau org luar msk mau dikejar.angsa ni suka mkn rumput.kalau korang nampak.dulu tempat tu penuh rumput skg dah tak ada.habis dimakan dgn angsa.kalau tgk dia mkn serupa dgn kambing..ni stok tggu bertelur je ni..yg tg pegang angsa tu assistant aku..bila bsr bakal handle projek ni la..hehe
Ayam selasih
Ayam selasih ini pemberian daripada abg aku.Jantan putih tapi betina dah kacuk sikit.Ayam ini berjari 5.jangan terkejut pula.Ayam ni boleh dijadikan ubat tradisional.muka hitam,daging hitam,..susah nak dpt ni..baru sampai ayam tu kat ladang dah ramai orang tanya nak beli..
Ayam Hutan Kacukan..
Ayam hutan ini diberi oleh salah seorang rakan kami.ayam ini terkenal dengan liarnya.seperti habitatnya dihutan ayam ini suka terbang seperti burung. ianya boleh terbang jauh dan tinggi.apa yg istimewanya ayam ini.ayam betinanya terdapat taji dikakinya.bukan saja jantan yang bertaji.
cerita tentang telaga tiub
Pembinaan Tapak Projek Fasa1.
Sunday, August 2, 2009
ternakan ikan keli.
assalamualaikum dan selamat melayari laman web kami tanjung labuh agro farm enterprise..ladang intergrasi di negeri johor..sebelum kami bercerita dgn lebih panjang lagi berkaitan dgn ladang kami .kami harap ianya dapat dikongsi oleh rakan-rakan ternak yg lain mau pun pembaca blog kami.
Tanjung labuh agro farm mula didaftarkan pada 6 march 2009. Ianya terletak di Kg.Tjg.labuh.84900 Tangkak.Johor.Tidak jauh dari bandar tangkak.ladang ni hasil cetusan idea adik beradik kami.Kiranya bisness family.
otai or chairman ladang ni ialah mr razib ni abg aku ..n than aku (wan_cikot),acit bhg marketing,udin bhg technical, ijan dan wakjali selaku bahagian pengoperasi.Projek ini telah dibuat sejak mei thn lepas bermula dgn ternakan ikan keli.tpi kira time tu buat cam org main pondok-pondok la..tak sireus lagi..kata org bela mkn sendiri kalau ada lebih baru jual.projek ini start menjadi serius apabila aku resign dari salah sebuah sektor swasta.bermula dgn pembenihan ikan keli.Selain itu antara ternakan lain yg terdapat di tempat kami ialah ayam siam,ayam belanda,ayam mutiara@api-api, ayam selasih,puyuh,angsa,ayam hutan dan arnab.